找回密码
 注册

国语的Peribahasa

[复制链接]
HuiLeng 发表于 7-1-2009 10:43:42 | 显示全部楼层 |阅读模式

马上注册成为YANBONG会员吧!
时下最热门的资讯、娱乐、贴图等分享都在这里等你发掘哦!

您需要 登录 才可以下载或查看,没有账号?注册

×
关于国语的Peribahasa

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.
Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.
Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.
Sebagai contoh (ciptaan sendiri):
Seperti tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.
Penjelasan:Tetikus dahulu terikat kepada komputer dan tidak bebas bergerak. Bagaimanapun, tetikus moden tanpa wayar bebas bergerak tanpa perlu terikat dekat kepada komputer.
Ertinya: Seseorang yang dahulunya terikat kini bebas hendak kemana-mana sahaja.
Contoh penggunaan: Aminah kini bebas pergi ke disko semenjak dia keluar dari rumah keluarganya dan berpindah di kampung kebandar, seperti tetikus lepas tambatan.

评分

参与人数 1人气 +2 收起 理由
坏坏女孩 + 2 感谢分享

查看全部评分

回复

使用道具 举报

 楼主| HuiLeng 发表于 7-1-2009 10:43:56 | 显示全部楼层
Ada air, adalah ikan.  -   Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang.   -  Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.
Ada angin, ada pokoknya (= pohonnya).   -  Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.
Ada bangkai, adalah hering.   -  Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya.
Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh.   -  Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.
Ada batang, cendawan tumbuh.   -  Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing.
Ada beras, taruh dalam padi.   -  Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.
Ada biduk, serempu pula.   -  Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.
Ada bukit, ada paya.  -   Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.
Ada gula, ada semut.   -  Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
Ada hari, ada nasi.   -  Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.   -  Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga.
Ada jarum hendaklah ada benangnya.   -  Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya.
Ada kerak, ada nasi.   -  Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.
Ada laut, ada perampok.   -  Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya.
Ada nasi (= bernasi) di balik kerak.   -  Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan.
Ada nyawa ada rezeki.   -  Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
Ada padang, ada belalang .  -  Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
Ada padi masak, adalah pipit.  -  Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.  -  Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai.
Ada padi, segala menjadi.   -  Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai.
Ada pasang surutnya.   -  Untung dan malang tidak tetap.
Ada persembahan ada kurnia.   -  Berbuat baik dibalas baik.
Ada rotan , ada duri.   -  Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.
Ada rupa, ada harga.   -  Harga barang menurut rupanya (= keadaannya).
Ada sampan hendak berenang.   -  Sengaja bersusah payah.
Ada seperti tampaknya apung-apung.   -  Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai.
Ada sirih hendak makan sepah.   -  Ada yang baik, hendakkan yang buruk.
Ada tangga hendak memanjat tiang.   -  Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan.
Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas.  - Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga.
回复

使用道具 举报

 楼主| HuiLeng 发表于 7-1-2009 10:44:09 | 显示全部楼层
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas.  - Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat di.
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak . .  - Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan.
Adat pulau limburan pasang. .  - Adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah.
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung . .  - Segala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing. betung = Sejenis buluh besar.
Adat teluk timbunan kapal (= kapar).
(kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.) .  -  Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.
Adat tua menahan ragam. .   -  Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran.
Adat yang kawi, syarak yang lazim.
(kawi = kuat, sakti.).   -  Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring.
Adat yang menurun, syarak yang mendaki. .   -  Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya.
Agak lebih daripada agih. .   -  Banyak bicara, sedikit kerja.
Agak-agak bertutur malam hari. .   -  Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.
Agih-agih kungkang .
(kungkang = kera kecil.).   -  Terlampau murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri.
Agung susut, pongah masih.
(agung = besar; pongah = angkuh.) .   -  Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga.
Air beriak tanda tak dalam. .   -  Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
Air besar sampan tak hanyut. .   -  Maksud tidak tercapai.
Air besar, batu bersibak.
(sibak = cerai, menepi.) .   -  Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar.
Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan.
pelimbahan = tempat air yang kotor..   -  Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga.
Air dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan , gula tertumpah pada kanji.
(menonggok = melonggok, menimbun.)   -  Usaha yang berhasil baik.
Air dalam terenang. (terenang = tempat air daripada tanah liat.)   -  Hidup yang tenang dan tenteram.
Air dalam, berenang (= berkumbah); air dangkal, bercebok.
kumbah = mencuci dalam air..   -  Sesuaikanlah perbelanjaan menurut keadaan penghasilan kita.
Air di daun keladi (= talas). .   -  Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
Air di tulang bumbungan, turunnya ke cucur atap. .   -  Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga.
Air dicencang tiada putus. .   -  Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
Air didih menganak sungai . .   -  Hiburan yang sangat mewah.
Air digenggam tiada tiris. .   -  Sangat berhati-hati mengeluarkan wang.
Air diminum sembiluan. .   -  Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. sembiluan = rasa pedih seperti dihiris dengan sembilu.
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam . .   -  Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum.
Air ditetak tiadakan putus. .   -  Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
Air gedang menghanyutkan. (gedang = besar)   -  Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar.
Air jernih, ikannya jinak. .   -  Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.
Air keruh, limbat keluar. .   -  Negeri yang huru-hara, orang jahat mencari keuntungan.
刚刚上来YANBONG,但不知从何开始爬贴?欢迎使用 论坛导读功能
回复

使用道具 举报

 楼主| HuiLeng 发表于 7-1-2009 10:44:21 | 显示全部楼层
Air lalu kubangan tohor.
(tohor = dangkal, kering.) .   -  Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji.
Air laut hijau siapa celup? .  -   Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan.
Air mata jatuh ke dalam. .   -  Berdukacita dengan diam-diam.
Air mata jatuh ke perut. .   -  Berdukacita dengan diam-diam.
Air mudik sungai , semua teluk diranai.
(ranai = jalani (boleh jadi ranahi).   -  Orang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. .
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. .   -  Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami.
Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. .   -  Nasib manusia tidak dapat ditentukan.
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. .   -  Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. .   -  Membesar-besarkan perkara yang kecil.
Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut. .   -  Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan.
Air susu dibalas dengan air tuba . .   -  Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya..   -  Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.
Air tenang menghanyutkan. .  -   Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar.
Air tuba dibalas dengan air susu . .   -  Kejahatan dibalas dengan kebaikan.
Air yang jernih, sayak yang landai. (sayak = tempurung kelapa .)   -  Segala sesuatu berlaku dengan adil dan benar.
Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya.
(keruh-keruh kerak = tiada jernih.) .   -  Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati.
Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya . .   -  Orang yang diam jangan disangka pengecut.
Akal akar berpulas tak patah. .   -  Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan.
Akal labah-labah ; di gua buruk suka merakut.
(merakut = memasang jaring.) .   -  Orang jahat yang suka menipu orang.
Akal sebagai makan nasi lecek. .   -  Fikiran seperti anak-anak.
Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba. .  -   Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.
Akan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang , berlebih. .   -  Ilmu pengetahuan yang serba tanggung.
Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung. .   -  Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang.
Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati. .   -  Dalam keadaan yang serba salah.
Akan pembasuh kaki (= tangan). .   -  Hadiah kepada orang yang berjasa.
Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak. .   -  Dalam keadaan yang serba salah.
Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun.
(jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.) .   -  Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang.
Akik disangka batu.
(akik = Sejenis batu berwarna.) .   -  Sesuatu yang menghina.
Aku alah engkaulah menang. .  -   Tidak mahu mengaku kalah.
Aku alah, engkau tak menang. .   -  Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya.
回复

使用道具 举报

 楼主| HuiLeng 发表于 7-1-2009 10:44:34 | 显示全部楼层
Aku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu.
(olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.) .   -  Kerana tingkah laku, maksudnya ketahuan.
Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa. .   -  Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.
Alah di rumpun betung .   -  Kekalahan yang belum memuaskan hati kepada pihak yang kalah.
Alah limau oleh benalu.
(benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.) .   -  Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru.
Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar. .   -  Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. (merih = pembuluh nafas.)
Alah membeli, menang memakai. .   -  Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.
Alah menang tak tahu, bersorak boleh. .   -  Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.
Alah pinta dibuat sempena. .   -  Biar bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak tidaklah diperoleh.
Alah sabung, menang sorak. .   -  Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.
Alang berjawab, tepuk berbalas.
(alang = pemberian, hadiah.) .   -   Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.
Alang dijawat, tepuk dibalas.
(alang = pemberian, hadiah.) ..   -  Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.
Alang-alang berdakwat , biarlah hitam.
(alang-alang = tanggung-tanggung.) .   -  Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.
Alang-alang berminyak, biar licin. .  -   Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. .   -  Kalau sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripadanya.
Alangkan baik (= elok) berbini tua, perut kenyang pengajaran (= pemanja) datang. .   -  Orang beristeri tua biasanya beroleh kesenangan kerana disayangi oleh isterinya.
Alim bagai katak di tepi air. .   -  Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.
Alim biasa menghukum syarak . .   -  Hanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak .
Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh. .   -  Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.
Alu pencungkil duri. .   -  Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia.
Alur bertempuh, jalan berturut. .   -  Dilakukan menurut adat yang biasa.
Amak berlela, amak berupa. .   -  Banyak tabiat, banyak olehnya. (amak = terlalu banyak.)
Ambil pati, buangkan ampas. .   -  Yang baik dipakai, yang tak baik dibuang.
Amra disangka kedondong .
(Amra = Sejenis mangga.) .   -  Sesuatu yang baik disangka buruk, hanya kerana melihat rupanya sama dengan yang buruk.
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat. .   -  Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik.
Anak ayam kebasahan bulu. .   -  Gelisah resah; menjijikkan.
Anak badak dihambat-hambat. .   -  Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya).
Anak baik, menantu molek. .   -  Sangat berbahagia.
Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusu i. .   -  Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusu kan. .   -  Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
Anak harimau diajar makan daging. .   -  Orang yang zalim diberi perangsang untuk membuat aniaya.
回复

使用道具 举报

小精灵 发表于 7-1-2009 10:49:06 | 显示全部楼层
我国语最差的一个。。:yct14
刚刚上来YANBONG,但不知从何开始爬贴?欢迎使用 论坛导读功能
回复

使用道具 举报

坏坏女孩 发表于 7-1-2009 23:20:29 | 显示全部楼层
谢谢分享哦~
我写作文的时候应该可以用到吧:yct63
回复

使用道具 举报

您需要登录后才可以回帖 登录 | 注册

本版积分规则

ADVERTISEMENT

Archiver|手机版|小黑屋|YANBONG

GMT+8, 22-12-2024 18:47

Powered by Discuz! X3.5

© 2001-2024 Discuz! Team.

重要声明:本网站是以即时上载留言的方式运作,本站对所有留言的真实性、完整性及立场等,不负任何法律责任。而一切留言之言论只代表留言者个人意见,并非本网站之立场,用户不应信赖内容,并应自行判断内容之真实性。由于讨论区是受到「即时留言」运作方式所规限,故不能完全监察所有即时留言,若读者发现有留言出现问题,请联络我们。本站有权删除任何留言及拒绝任何人士留言,同时亦有不删除留言的权利。切勿撰写粗言秽语、诽谤、渲染色情暴力或人身攻击的言论,敬请自律。
Proudly hosted by
LinodeDigital Ocean
快速回复 返回顶部 返回列表